Friday, March 30, 2012

"SalahKah Aku Bercinta"

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Petang...

Penangan ceramah semalam nie..nk bercerito ckt..hee..

Diharapkan semua sihat2 saja ye...insyaALLAH ! (^_~)
Ermmm....daripada tajuk yang i kasi kt atas tu menarik x..hee, menarik an..itu tajuk forum yang berlangsung kt k17 malam 29hb/3/12...fuh ! penuh dewan..panel yang datang best2 lak tu..tambah pulak ustazah fatimah yg cantik molek bersama suaminya and ustaz iman muda hassan. Semua mereka nie hebat2 belaka..aish ! teringin nk jd mcm ustaz + uztazah..pasangan yang berCINTA selepas akad...Ya Allah peliharalah aku ke arah itu...(berangan..hee)

Agak menarik x? hehee..baru2 nie kebetulan i ada borak ng sorang sahabat nie, bercakap berkaitan ng i nk pegi praktikal tiba2 termasuk pasal jodoh and then..pendapat, pandangan dan pegangan kami terhadap istilah cinta adalah sama..never say love 2 everyone before IJAB dan KABUL..dan insyaALLAH, ungkapan pertama CINTA kami adalah untuk Si Suami (~_~) nk jd mcm pasangan yg bg talk mlm td..sweet and romantik sangat bila cinta selepas kawen nie kan...

Dalam perbincangan malam itu jgk..ustazah ada menyatakan bahawa cinta terbahagi kepada 3 iaitu:
I)   Cinta ALLAH
II)  Cinta Kepada ALLAH
III) Cinta Bersama ALLAH

Sama2 lah kita menghayati maksud disebalik kata2 tersebut. Cinta yang paling AGUNG adalah cinta kepada ALLAH Sang Pencipta. Segala kejadian hanya milik_Nya dan DIA yang berhak memilikinya.

Apaaaa lagi eh...ermmm, banyak ag die share..jap2 take time nk ingat balik, kena ingat betol2 nanti salah karang payah plk..kih3 :p

Okeh ! Jom kite teruskan....


Dalam perbincangan malam ini juga, cara uztazah menyampaikan ucapan..huh ! cukup menarik, suara yang lembut berada bersama si suami di sebelah...sweetnye pasangan ini, pasangan yang berCOUPLE hanya untuk ALLAH dgn jalan yang diredhai oleh ALLAH ! Subahannallah..kurniakan lah aku Si Suami yang sedemikian..Amin ! Semoga dimakbulkan ILLAHI.

Ada satu soalan yg menarik moderator bg kt panel...bercinta alam maya nie boleh ke x? ermmm..jawapan yang simple dan sungguh menarik, masuk terus dalam jiwa dan ingatan setiap yg hadir, moga menjadi amalan buat semua (ramai yg post kt fb ayat jawapan yg ni). Ianya berbunyi..jeng jeng jeng..hee (^_^) nie dia..dengan kita Berpuasa Syahwat ! Kita menahan daripada semua godaan dan fitrah perasaaan yang timbul dalam diri, kata uztazah..apabila kita menahan perasaan cinta tersebut, umpama kita berpuasa..menahan daripada lapar dan dahaga..apabila berbuka, walaupun dengan biskut marie, nikmat yang diperolehi sungguh besar. Begitu juga dengan nikmat orang yang menahan perasaan cintanya, apabila berkahweenn..pasangan tersebut akan mendapat nikmat berumahtangga yang cukup hebat dan besar hidup bersama demi agama ALLAH s.w.t..

BerCINTA lah dengan jalan yang benar, lurus dan jalan yang diredhai oleh_Nya insyaALLAH cinta kita akan berkekalan hingga ke syurga. Amin !

Tadi asyik2 duk selak2 muka buku nie..terjumpa satu artikel nie haa..best ! nanti baca la kt wall i..jap2 i kasi link2 ye...nie dio http://www.facebook.com/Puteri.Hati.Mama (nie i punye fb..hee, godek2 la kt wall i nie..nt jumpe lah ye..hee :D ada pic ! kt bwh nie ha pic die).


 hahaaa..tgk pic nie...bagus an wanita nih...bukan jual mahal tp ikot ajaran dan pegangan agama...Nikmatilah kemanisan berCOUPLE selepas kawen...Jalan yang diredhai ALLAH s.w.t. 

Seorang wanita yang tidak mudah hanyut hanya dengan satu lafaz daripada lelaki...tetap dengan hati yang suci, berada dalam jalan ALLAH, dia tidak mudah hanyut dan terleka oleh tipu daya syaitan dan nafsu buasmu. Syaitan nie hnya mahu mencari teman2 mereka di neraka..jauhilah diri kite daripada tergoda dengan godaan yang boleh menyesatkan tersebut. Dekatkan diri pada ILLAHI InsyaALLAH kita dapat mengawal diri...

Akhir kata dari i (yg comel nie..kih3 pasan jelah sorang), Doa kepada_Nya semoga dipertemukan jodoh yang terbaik, dan suami yang soleh & caring, bapa yang penyanyang dan semua2 lah..hee...ada i jumpe satu ayat nie tp lupe dah kt mne..bunyi dia lebih kurang cm nie lah..hee "aku x tahu kau sape, kau kt mne tp aku tahu DIA ada yang terbaik untuk aku, dan kau akan datang padaku bila tiba masanya".

Jika ada salah dan silap...sila perbetolkan, coretan daripada ilmu yang x seberapa...jumpe lagi kite dalam penulisan i yg seterusnye nanti ye.. (^_^).

Wassalam..
30/03/2012, Jumaat, 06.00 pm.

Thursday, March 29, 2012

ALLAH tidak pernah jemu mengampuni..

Assalamualaikum w.b.t.....

"Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan_Mu dan keagungan_Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam a.s selama roh masih berada dalam jasad mereka".

"ALLAH s.w.t menjawab: 'Demi keperkasaan_Ku dan keagungan_Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta keampunan daripada_Ku".

(Riwayat Ahmad)

Doa memohon keampunan dr ALLAH s.w.t...

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami ! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(At-Tahrin: 8)

Jadikanlah doa ini salah satu amalan dalam kehidupan kita, tidak semestinya kita melakukan kesalahan baru ingat nak mohon ampun dari ALLAH s.w.t, kadang-kadang kita x perasan kita melakukan kesalahan.

Daripada ayat yang paling atas sekali tu...huh ! Nauzubillah !! mintaklah kita dijauhkan dari godaan syaitan & iblis yang boleh menyesatkan ummat islam, itu janji mereka kepada Allah bahawa mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mengkafirkan ummat islam dan menjadikan ummat islam yang lalai kepada jalan Allah s.w.t teman mereka di neraka. Sama2 lah kita saling ingat mengingati sesama kita dan ummat islam keseluruhannya untuk teguh dan benar di jalan ALLAH yang SATU..InsyaALLAH moga dipermudahkan oleh_Nya ! Amin !


Mohonlah keampunan daripada_Nya kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi ummat_Nya, jangan letakkan keegoan dalam diri, rendahkan lah diri, sujudlah pada_Nya kerana Dialah Tuhan yang SATU, Pencipta keseluruhan kejadian di Bumi dan Langit..

Terima Kasih kerana membaca... (^_^)

Wassalam.

Tuesday, March 27, 2012

Ketenangan dan kedamaian udara petang...

Assalamualaikum wbt....

Apa khabar semua, harap semua sihat walafiat hendanya ye...
Ermmm...petang nie rasa mcm damai sgt..tenang..Alhamdulillah an, ketenangan yang amat diperlukan oleh semua orang. Angin bertiup sepoi..tiba2 aku terfikir...Ya ALLAH, lama mane lagi sebenarnya hayat aku kt dunia nie..Allahhuakhbar..

Mesti semua pernah dengar an...Beramal lah kite seperti kita hendak mati keesokkan harinya dan bekerjalah kita seperti kita hendak hidup seribu tahun lagi. Sejauh manakah amal ibadat kita kepada Pencipta? Diterimakah amal ibadat kita oleh_Nya.? Wallahhuaklam, tppp yang paling penting skrg nie, kita lakukan yang TERBAIK dan dengan HATI yang IKHLAS..insyaALLAH, Dia yang Maha Mengetahui. Ya ALLAH terima lah amal ibadat dan sedekah jariah kami dan tempatkan kami ummat_Mu di tempat yang terpuji disisi_Mu. Bukakan lah pintu2 hati kami untuk sentiasa dekat dengan_Mu.

Lagi satu....Ilmu..?? ermmm....semakin hari aku belajar, semakin banyak yang aku x tahu...Subahanallah sungguh besar ilmu_Mu. Kau berikan aku, keluargaku, sahabatku dan ummat islam keseluruhan_Nya petunjuk dan hidayah Mu, serta kuatkan iman dan semangat kami untuk mengejar ilmu_Mu Ya ALLAH. Kekalkan lah kami di jalan yang kau Redhai...Amin !

Pernah jugak terdengar an, zaman sekarang nie adalah zaman yang telah sampai ke penghujungnya...kita adalah ummat akhir zaman yang selepas ini setiap daripada kita akan dihisap amal ibadah yang dilakukan sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Tanda2 kecil akhir zaman juga telah dapat dilihat dengan perbalahan dan peperangan di sana sini, ummat islam dikecam, pergaulan bebas masyarakat, tidak melakukan suruhan_Nya malah sebaliknya..melakukan perkara2 yang dimurkai oleh_Nya,..pengaruh budaya2 barat dalam masyarakat ummat islam semakin berleluasa...banyak godaan syaitan kepada ummat islam, namun jarang manusia ini sedar dengan keadaan tersebut.. Sedarlah wahai ummat akhir zaman !


Semua yang hidup akan menemui mati....
Dekatkan lah diri dengan Sang Pencipta, ALLAH swt...

Wassalam...sekadar perkongsian ilmu dengan semua dan untuk diri sendiri (^_^).







Saturday, March 24, 2012

Kerinduan...

Tiba-tiba rasa nak menulis lagi..hee :D harap tak bosan la ye anda semua membaca...rasanya semua pernah dengar kan ayat nie, dalam al-Quran pon ada sebut..lumrah kehidupan seorang manusia.. Asalnya kita bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan kita akan kembali kepada ke anak-anakkan kembali.

Errmm..untuk perkongsian cerita ng kawan-kawan...
Atok, dh x ingt berapa umurnya tp dalam 90an lebih dah umurnya. Aku dapat melihat keadaan sebenar kata-kata tersebut. Allahhuakhbar, sungguh besar kejadian_Mu.

T.T sedih melihat keadaan atok aku mcm tu..rungutan dia hari berganti hari memanggil mak, ayah, kadang2 anak2 dia..sudah tidak dapat mengenali orang..makan, pakai mmg dah tak teratur...kesian atok. Sekarang ni dia ada kt umah, rumah aku ng umah atok x jauh, sebelah aje..klau atok merenget mmg dengar la dr umh. Tiap2 malam mmg dia x tido, makan, mandi, pakai semua my mum and p.su or m.su yg kena buat..dia dah tak boleh nak uruskan diri dia sendiri. Sedih sgt tgk keadaan atok, aku x boleh nk buat apa2..badan dia pon dh susut, nak borak mmg jauh sekali..kadang2 kita ckp dia pandang je..ada aritu..dia buang air besar..aku nak mandikan terus..time tu, mata dia pejam, mulut memanggil mak dia..ya ALLAH sayunya tengok keadaan atok..aku ckp pun dia x dgr..kena panggil dulu bg dia buka mata and then baru ckp..baru dia bg respond..

Aku tahu..dia dah x kenal aku kot..skrg ni pon, aku jarang sangat balik kg..raya hari tu mmg tnya dia kenal ke x aku..dr jawapannya mmg dia x kenal...dia kate aku ni kazen aku and duduk Tanah Merah...skrg nie lagi la x kenal :'(
Dia dah jd mcm kanak2 balik tau..cian sgt...
My mum dah buntu..x tahu nk buat apa dah..
Ya ALLAH bagilah yg terbaik utk atok dan familyku...Lindungilah kami. Amin !

Wednesday, March 21, 2012

Allhamdulillah...

Assalamualaikum wbt..

Tasawwur... (20/03/2012, Selasa, 8-9 pm,A Dataran Melur, KTDI, UPM)

Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki lagi ke kelas Tasawwur malam ini dengan izin_Nya..Syukurrrr ! Malam nie banyak sangat benda yang berlangsung dekat tempat tinggal aku nie haa..malam ni ada kelas Tasawwur, ada game ping pong, bola tampar, futsal, pra-tonton festik...wow ! banyak an..tak lupa jugak pada akademik saya ni haa ;) esok ada presentation tuk perundingan kaunseling ibu bapa..huh! esk nk present, malam ni baru nk tercengah-cengah nak buat..aish apo nak jadi ni cik anis..tak pe tak pe..bagi sokongan kat cik anis tau..go cik anis..siapkan ! tapiiiii saya dah siapkan dah..done ! sebab tu la saya beralih ke sini..maklum lah dah lama sangat x menulis an..rindu tpppp masa tak mengizinkan aku utk menulis nie haa..kih3.

o0psss ! banyak dah merepek tu..sebenarnya, saya kt sini nk share yang kelas tasawwur tadi..sangat menarik, benda yang selalu kita berhadapan dengan kehidupan sehari-harian kita ni ha..tentang solat dan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. ISLAM ini agama yang cukup INDAH..memberikan pengamalnya kemudahan yang terbaik dalam beribadah kepada_Nya..mudah-mudahan aku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan ummat islam keseluruhannya sentiasa dalam redha dan jalan yang benar disisi_Mu Ya ALLAH..Amin!!


Eermmm...tadi, apabila berbicara tentang solat, Allah swt banyak memberikan kelonggaran kepada ummatnya untuk beribadat..SOLAT adalah WAJIB ditunaikan walau dalam macam mane keadaan sekalipun selagi syarat wajib solat dapat dipenuhi oleh seseorang individu tersebut. Orang yang sakit, uzur...selagi dia waras maka solat itu adalah wajib baginya. Solat dapat ditunaikan dengan cara yang termudah Allah swt bagi untuk orang-orang yang uzur..paling-paling tidak..solatlah dalam hati jika kewarasan masih ada dalam jiwamu. Jadi, janganlah meninggalkan solat...Solatlah kamu sebelum kamu DIsolatkan..bagi orang yang sihat tidak ada alasan la an tuk meninggalkan solat. Banyak orang cakap..solat tu tiang agama umpama rumah, kalau x bertiang tak berdirilah rumah tu an..so jangan ISLAM hanya pada nama :)

Perkara kedua pula adalah mengenai pergaulan atau pandangan lelaki terhadap wanita dan pandangan wanita terhadap lelaki. Apakah hukumnya..haa! tu dio soalan ustaz..apa lagi..HARAM jawab ustaz. Dalam islam turut dinyatakan kenapa sesuatu hukum itu dijatuhkan. Dalam hal ini, hukumnya haram adalah disebabkan oleh perbuatan tersebut adalah perbuatan yang menghampiri zina. MATA juga boleh tergolong dalam aspek tersebut..Zina Mata uztaz cakap. Dunia hari ini..Subahanallah...pandang pon dah terbeliak biji mata..dah tu siap couple2, kuar dating2, main chat2, duk calling darling sayang, mumy dady...macam mana hukumnya tu..jauh la lagi haram an..sedangkan mata tuk melihat pon tak boleh..Nauzubillah, mohon dijauhkan..Lindungi kami dari semua itu Ya ALLAH !

Namun...ada juga kelonggarannya taaapiiiiiiiiiiiii hanya ketika DARURAT sahaja. Contoh yg ustaz bagi tadi ada 5 iaitu..yang 1 = Munakahad, apabila seseorang itu hendak berkahwin. 2 = Pembelajaran, guru kepada pelajarnya. 3 = Ketika jual beli. 4 = Jenayat, untuk seseorang itu membuat kawat cam dalam kes2 jenayah dan yang ke 5 = Perubatan, jika tiada pilihan lain (Dr Perempuan).



Ada persoalan yang biasa dalam kepala kita an..buat study group mcm mana..ikot ustaz tadi juga x boleh..perempuan sama perempuan boleh buat study group an. Jika ada urusan dengan lelaki sekali pun, jika sesuatu perkara tersebut boleh diselesaikan dalam masa 20 minit tp jika perjumpaan antara mereka lebih sampai 30 minit..baki 10 minit tersebut adalah haram..Allahhuakhbar...itulah hukumnya antara lelaki dan wanita bukan mahram. Jika perbincangan boleh diselesaikan di talian jika berjumpa..hukumnya juga haram.

adeh..rasanya sudah agak panjang aku duk bebel an..hee, untuk dapatkan lebih banyak info tanyalah pada yang lebih pakar...saya nie hanya berkongsi ilmu yang saya dapat td untuk ingatan semasa kita..
Jadi...selamat beramal ;)

Renungan bersama dan untuk ingatan buat diri sendiri juga..InsyaALLAH mudah-mudahan hidup dan mati kami dibawah lindungan dan AgamaMu yang 1 ISLAM Ya ALLAH ! (^_^)



Wassalam !
(Coretan 2.42 am, 21/03/2012, Rabu)

Tuesday, March 20, 2012

Keajaiban Illahi...


Assalamualaikum wbt....
 
Cintailah Allah swt dan Kekasinya Nabi Muhammad saw...
(DOA)


Sentiasalah berdoa kpd_Nya untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Dia Maha Mendengar segala luahan dan permintaan hamba-hamba_Nya.

Doa adalah suatu amalam yang amat disukai oleh Allah swt. Doa mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Dalam buku "Di Dunia Ada Syurga" banyak diceritakan kisah2 benar berkaitan dengan sketsa sebenar kehidupan..yang akhirnya diberikan keajaiban oleh Sang Pencipta kerana keikhlasan Doa yang dipanjangkan. Percayalah, Allah swt sentiasa ada bersama kita, mohon kepadanya InsyaALLAH tiada jalan buntu..Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Doalah dengan seikhlas dan setulus hati untuk mendapat redha_Nya, perbanyakkan amalan-amalan sunat, dekatkan diri dengan perkara-perkara yang diredhai Allah... Sentiasalah memanjatkan Doa kepada Illahi bukan hanya ketika susah namun harus di jadikan sebagai amalam dalam kehidupan seharian kita. InsyaALLAH hidup akan tenang, dan merasa diri sentiasa dilindungi Allah swt. Amin ! Mudah-mudahan Doa yg dipanjatkan dimakbul Illahi (^_^)

DenganMu Allah swt, berat terasa ringan,
DenganMu Allah swt, aku punya harapan,
Engkau yang memungkinkan kemustahilan,
Engkaulah jua yang menciptakan keajaiban.

Perkongsian Ilmu..Wassalam (~_^)