Monday, August 13, 2012

"Renungan AJAL"

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh_Nya untuk saya menulis lagi di ruangan ini..Syukur. Dah lama sangat nk update blog saya ni tp masa yang tidak mengizinkan dengan pelbagai keje yg saya kena siapkan. 


Alhamdulillah skrg dah habis praktikal maka tamatlah pengajian saya selama 4 Tahun kt UPM. Sekejap sangat masa berlalu..rasa mcm nak blajar lagi je..xnak tinggalkan dunia pembelajaran tp ALLAH an dah ckp..setiap apa benda yg kita buat kt dunia ni adalah ILMU..so tuntutlah ia ke jalan yang di redhai DIA, InsyaALLAH ! semuanya akan mendapat berkat Illahi ! Amin.. Result dah kuar..okey la saya dapat result cm tu..rezeki saya sampai kt sini je so Alhamdulillah ! Terima Kasih ALLAH ! Rezeki manusia ni lain2 an..so x boleh nk samakan..myb ALLAH ada rancangan yg lebih menarik tuk saya nanti an mana tahu..InsyaALLAH ! Moga urusanku dipermudahkan oleh_Nya dunia akhirat..

Back to the title yg kt atas tu, sebenarnya itu adalah tajuk salah satu drama kt tv td. Renungan ajal, sangat bertuah org tu coz ALLAH bg petunjuk bila ajalnye akan tiba. Mudah-mudahan saya juga tergolong dalam golongan tersebut. Sebelum ni pun saya pernah dengar..orang yang sakit, orang yang ke tali gantung sangat2 bertuah kerana mereka tahu bila tarikh kematian mereka, hidup mereka tidak lama so mereka boleh beribadat dan beriman kepada ALLAH swt berbanding dengan orang yang tidak tahu dan masih tidak memohon taubat dr ALLAH swt. Pintu taubat akan terbuka sehingga nyawa kita di halkum.. ALLAHhuakhbar..sungguh beruntung mereka.

Dalam cerita td, dia menunjukkan seorang Majer menerima petunjuk dr ALLAH swt tentang tanda 100 hari kematiannya. Sangat bertuah..kerana dalam tempoh tersebut dia boleh bertaubat dan memohon ampun dr Pencipta. Berbeza dengan orag yang tidak mendapat petunjuk...akan mati dalam keadaan yang tidak memohon ampun dr ALLAH swt. Sememangnya menempuh kematian itu sangat sakit. JEJAK RASUL petang td pun menceritakan tentang kematian junjungan besar Baginda Nabi Muhammad saw yg mati dalam riba isterinya Aisyah.. Baginda sendiri memohon dr ALLAH supaya mempercepatkan nyawa baginda ditarik kerana sakitnye yang teramat. Saya pernah jgk dengar tentang keadaan ini bahawa, di saat kematian seseorang...apabila nyawa ditarik dr jasad..sakitnye ada sakit yang teramat..sehingga Nabi Muhammad, malaikat sendiri tidak sanggup untuk melihat kesakitan yang dialami baginda ketika saat nyawa baginda ditarik. ALLAHhuakhbar..sesungguhnye ENGKAULAH yang Maha Agung !

Sekadar renungan..Alhamdulillah ! ada jugak cerita yang memberi pengajaran kepada penontonye.. Semoga banyak lagi cerita2 yang memberi manfaat kepada penonton utk dijadikan teladan serta belajar tentang reality kehidupan ini. Saya tulis berdasarkan apa yang saya tahu dan ilmu yang saya ada..untuk dapatkan ilmu yang lebih carilah kerna ilmu ALLAH tu ada dimana2 je kt dunia ciptaan DIA ni..InsyaALLAH..org yang ingin menuntut ilmu kerna ALLAH akan diberi jalan oleh_Nya..mudah-mudahan InsyaALLAH ! Aminnn..

Wassalam...salam ramadhan ^^' (*1.17 am, 24 Ramadhan 1433 H, 13.08.2012, Isnin*)