Wednesday, January 23, 2013

Syaitan Mengejutnya untuk Solat

                                                               Assalamualaikum wbt...

Apa khabar sahabat..harap sihat selalu k..jaga diri, jaga kesihatan elok2 dan yg paling penting jaga seketul daging dalam diri kita tu..(ingatan utk diri sy jgk). Okeh! tengok tajuk kt atas tu menarik x? agak menarik la jgk an..klau ada yg pernah baca mengenai cite ni mst dia tahu an. Cerita ni berkenaan dgn seorg syeikh yg kuat beragama kepada ALLAH swt.


Satu hari, akibat daripada keletihan yg amat sgt dalam melakukan aktiviti harian beliau, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir-hampir terlewat untuk beliau bangun daripada tidur untuk solat walaupun waktu subuh hampir tiba. Ermm..bangga x..org2 alim ni nk bangun subuh pun mesti sebelum masuk waktu subuh..tahu knape? coz mereka ni banyak melakukan amalan2 sunat kepada ALLAH swt. Kita bangun awal x? Ok xpe..klau sblm ni kita bangun lewat, cuba2 bangun awal, bila dgr org azan subuh terus bangun k..kunci jam tu kuat2, kemudian.. lama2 nt boleh la bangun sblm subuh plk. Sy pun masih dlm proses jgk..jom bergerak kepada yg lebih baik dr masa ke masa. Umur kita ni xtahu sampai bila..jap lagi ke, sejam lagi ke, esok ke, lusa ke kita dipanggil kita xtahu an..so lengkapkan lah diri kita sebaik mungkin kepada ALLAH swt.

Sambung2 citer td..bila tengok keadaan syeikh yg penat itu, si syaitan ni plk menyamar jadi seekor kucing dan bertindak menggigit jari kaki syeikh supaya syeikh terjaga daripada tidur untuk solat dan menunaikan kewajipan beliau. Akibat daripada gigitan tersebut, syeikh terjaga dari tidur beliau dan bangun untuk menunaikan solat subuh dan alhamdulillah waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata syeikh itu td, beliau dapat melihat si syaitan yg berupa seekor kucing td.

"Mengapa engkau kejut aku untuk solat subuh? padahal engkaulah makhluk yg paling benci kepada org2 yang solat?"

"Aku bimbang sekirannya kau terlewat untuk bangun menunaikan solat subuh..jawab syaitan"

Syeikh kehairanan apabila mendengar jawapan tersebut daripada syaitan td..pelik la kan, mcm yg kita tahu la..syaitan ni hidup dia hnyalah untuk menyesatkan manusia, anak2 Adam a.s ni. Bila ada org yg x solat dan x ingt pada ALLAH swt bila melakukan sesuatu dalam kehidupan dia..syaitan ni la yg mendapat manfaat. So hati2 semua..kuat betol hasutan setan ni. 

"Syeikh Abdul Qadir bertanya.., kenapa?"

"Syaitan terpaksa menjawab.....kerana dia takot kepada orang2 yang takutkan ALLAH swt. Aku takot jika kau terlewat bangun untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan2 yg lain yg lebih banyak dan lebih serius dan kusyuk"

....tambah syaitan itu lagi...

"Kau akan sedekah, kau akan membantu org lain, kau akan mengajar dgn lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalah sedikit yg kau lakukan itu.

Ermmm..itu baru org yg alim ni akan bangun lambat untuk solat subuh..mcm tu sekali org2 ni akan menggandakan amal ibadat dia kepada ALLAH swt...subahanALLAH. Cam mana plk dgn org yg xbangun2 solat ni..cuba2 la renungkan an..semoga mereka diberi hidayah dr ALLAH swt satu hari nt..insyaa-ALLAH.

"Tambah syaitan ni lagi..dengan keadaan demikian, nt aku dan kawan2 aku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan2 baikmu itu nanti."

Nampak x? Jahat betol setan ni kan..sanggup dia kejut syeikh tu semata2 takot syeikh tu tambah banyak amal ibadatnya kepada ALLAH swt. Banyak pengajaran kan daripada cerita ni. Setan ni sebenarnya nak masuk je celah2 mana yg kite buka walaupun ckt..nk jgk dia masuk asalkan kite terperangkap dgn jerangkap samar yg dia buat. Jadi...tingkatkan lah amal ibadat kita kepada ALLAH swt. Selalu berzikir dan lakukan perkara2 yg membawa ingatan kita kepada NYA. Insyaa-ALLAH akan menjauhkan kita daripada hasutan setan ni. Kejamnya syaitan ni..nk cari kwn2 yg akan mereka seret masuk ke neraka..Nauzubillah, mintak la dijauhkan drnya..bantulah kami menuju ke jalan yg kau redhai ya ALLAH.

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan ni dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi jgk arif tentang keutamaan amal.
Dekatkan diri kepada ALLAH swt.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment