Monday, January 9, 2012

Renungan bersama...

Assalamualaikum....

Saje nak share ng semua. Sebenarnya, malam nie aku kena siapkan aku punye final year projek, ada kena edit banyak part jugak la..tapi aku malas nak buat..kih3, esok kena hantar sebenarnya tp seriously malas giler kot nak buat..ape nk jadi pon x tau lah cik anis nih !

Aku kt kolej sem nie duk sorang2 je kat bilik, nak rumate tp bila fikir2 balik an..aku nie bz ckt sem ni (entah ye entah tidak..hahaha) takot nanti mengganggu rumate..maklum la meetg pon kadang2 habis lambat an..pastu naik bilik dah tengah2 malam pastu aku plk time nie la time tuk aku uruskan diri and akademik aku..mencabar cikit sem nie joyah oi...

Dalam aku duk koya2 sorang2 nie, sambil tu aku dok on9 la..pastu jumpe la benda nie..nak tahu ape, pasal KEMATIAN...ermm, takot bila dengar perkataan tersebut tp itulah lumrah kehidupan, setiap yang hidup ini akan menemui KEMATIAN..itu adalah janji ALLAH (SWT). Tiba2 aku teringat lak kt Arwah abah aku...abah dah tinggalkan kami sekeluarga dah nak masuk 11 tahun bila tarikh 28/feb kunjung tiba nt...miss u so much abah !! T_T Al-Fatihah.
 
Dekat mana entah aku baca..ada aku jumpe benda nie...Kematian Merupakan Nasihat Bagi Orang Yang Beriman...
 

''Berbahagialah hamba-hamba Allah yang senantiasa bercermin dari kematian. Tak ubah seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pelajaran, membingkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tidak lari menyimpang dari jalan yang Benar. Kematian merupakan cerminan bagi diri kita untuk selalu berserah diri pada NYA. Kematian telah mengajarkan banyak erti bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Bila seseorang individu tersebut mengingati kematian....maka...
 

1) Kematian mengingatkan bahawa waktu sangat berharga.
2) Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa.
3) Kematian mengingatkan bahawa kita tidak memiliki apa-apa.
4)
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara.
5) Kematian mengingatkan bahawa kehidupan begitu berharga.

Kubur...Alam Barzakh, alam selepas dunia..alam sementara kita menunggu untuk hari perhitungan di hadapan ALLAH (SWT), disini jugalah sejauh mana amalan yang kite bawa.

Di dalam alam barzakh ini jugalah, ALLAH (SWT) akan memberikan keselesaan kpd ummatNya yang beribadat dan beriman kepadaNya, aku selalu jgk dengar, bagi orang2 yang amal ibadatnya sempurna maka ALLAH (SWT) akan memberikan keistimewaan kepadanya, kuburnya akan lapang, luas dan tiada penyeksaan kepadanya..kuburnya akan bercahaya..Ya ALLAH, Kau berikan kami nikmat tersebut..InsyaALLAH ! Amin !

Selain tu, ada dalam lagu nasyid yg kite selalu dengar kan...lakukanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara tersebut...

1) Sihat sebelum sakit
2) Kaya sebelum miskin
3) Muda sebelum tua
4) Lapang sebelum sempit
5) Hidup sebelum mati

Aku selalu jugak dengar dan terbaca ayat cm ni, bersembahyanglah kamu di belakang imam sebelum kamu berada dihadapan imam..sungguh mendalam maksudnya..Allahhuakhbar..

Subahanallah ! Kehidupan di dunia hanya sementara cuma, yang kekal abadi adalah alam akhirat kelak..kekayaan, kemewahan dunia hanya sekejap..yang kekal selamanya adalah amal ibadat, sedekah jariah dan anak2 yg soleh...Ya ALLAH ! Kau letakkan keluarga junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersamanya, para sahabat Baginda, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku dan ummat Islam seluruhnya di tempat yang kau Redhai Ya ALLAH ! Berkatilah kehidupan kami Dunia dan Akhirat. Amin.

Wassalam...hanya sekadar perkongsian ilmu, saya juga masih belajar...jika ada yang salah, berikan keampunan padaku Ya ALLAH.. Love U ALLAH !!




No comments:

Post a Comment