Thursday, March 29, 2012

ALLAH tidak pernah jemu mengampuni..

Assalamualaikum w.b.t.....

"Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan_Mu dan keagungan_Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam a.s selama roh masih berada dalam jasad mereka".

"ALLAH s.w.t menjawab: 'Demi keperkasaan_Ku dan keagungan_Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta keampunan daripada_Ku".

(Riwayat Ahmad)

Doa memohon keampunan dr ALLAH s.w.t...

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami ! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(At-Tahrin: 8)

Jadikanlah doa ini salah satu amalan dalam kehidupan kita, tidak semestinya kita melakukan kesalahan baru ingat nak mohon ampun dari ALLAH s.w.t, kadang-kadang kita x perasan kita melakukan kesalahan.

Daripada ayat yang paling atas sekali tu...huh ! Nauzubillah !! mintaklah kita dijauhkan dari godaan syaitan & iblis yang boleh menyesatkan ummat islam, itu janji mereka kepada Allah bahawa mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mengkafirkan ummat islam dan menjadikan ummat islam yang lalai kepada jalan Allah s.w.t teman mereka di neraka. Sama2 lah kita saling ingat mengingati sesama kita dan ummat islam keseluruhannya untuk teguh dan benar di jalan ALLAH yang SATU..InsyaALLAH moga dipermudahkan oleh_Nya ! Amin !


Mohonlah keampunan daripada_Nya kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi ummat_Nya, jangan letakkan keegoan dalam diri, rendahkan lah diri, sujudlah pada_Nya kerana Dialah Tuhan yang SATU, Pencipta keseluruhan kejadian di Bumi dan Langit..

Terima Kasih kerana membaca... (^_^)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment