Wednesday, March 21, 2012

Allhamdulillah...

Assalamualaikum wbt..

Tasawwur... (20/03/2012, Selasa, 8-9 pm,A Dataran Melur, KTDI, UPM)

Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki lagi ke kelas Tasawwur malam ini dengan izin_Nya..Syukurrrr ! Malam nie banyak sangat benda yang berlangsung dekat tempat tinggal aku nie haa..malam ni ada kelas Tasawwur, ada game ping pong, bola tampar, futsal, pra-tonton festik...wow ! banyak an..tak lupa jugak pada akademik saya ni haa ;) esok ada presentation tuk perundingan kaunseling ibu bapa..huh! esk nk present, malam ni baru nk tercengah-cengah nak buat..aish apo nak jadi ni cik anis..tak pe tak pe..bagi sokongan kat cik anis tau..go cik anis..siapkan ! tapiiiii saya dah siapkan dah..done ! sebab tu la saya beralih ke sini..maklum lah dah lama sangat x menulis an..rindu tpppp masa tak mengizinkan aku utk menulis nie haa..kih3.

o0psss ! banyak dah merepek tu..sebenarnya, saya kt sini nk share yang kelas tasawwur tadi..sangat menarik, benda yang selalu kita berhadapan dengan kehidupan sehari-harian kita ni ha..tentang solat dan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. ISLAM ini agama yang cukup INDAH..memberikan pengamalnya kemudahan yang terbaik dalam beribadah kepada_Nya..mudah-mudahan aku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan ummat islam keseluruhannya sentiasa dalam redha dan jalan yang benar disisi_Mu Ya ALLAH..Amin!!


Eermmm...tadi, apabila berbicara tentang solat, Allah swt banyak memberikan kelonggaran kepada ummatnya untuk beribadat..SOLAT adalah WAJIB ditunaikan walau dalam macam mane keadaan sekalipun selagi syarat wajib solat dapat dipenuhi oleh seseorang individu tersebut. Orang yang sakit, uzur...selagi dia waras maka solat itu adalah wajib baginya. Solat dapat ditunaikan dengan cara yang termudah Allah swt bagi untuk orang-orang yang uzur..paling-paling tidak..solatlah dalam hati jika kewarasan masih ada dalam jiwamu. Jadi, janganlah meninggalkan solat...Solatlah kamu sebelum kamu DIsolatkan..bagi orang yang sihat tidak ada alasan la an tuk meninggalkan solat. Banyak orang cakap..solat tu tiang agama umpama rumah, kalau x bertiang tak berdirilah rumah tu an..so jangan ISLAM hanya pada nama :)

Perkara kedua pula adalah mengenai pergaulan atau pandangan lelaki terhadap wanita dan pandangan wanita terhadap lelaki. Apakah hukumnya..haa! tu dio soalan ustaz..apa lagi..HARAM jawab ustaz. Dalam islam turut dinyatakan kenapa sesuatu hukum itu dijatuhkan. Dalam hal ini, hukumnya haram adalah disebabkan oleh perbuatan tersebut adalah perbuatan yang menghampiri zina. MATA juga boleh tergolong dalam aspek tersebut..Zina Mata uztaz cakap. Dunia hari ini..Subahanallah...pandang pon dah terbeliak biji mata..dah tu siap couple2, kuar dating2, main chat2, duk calling darling sayang, mumy dady...macam mana hukumnya tu..jauh la lagi haram an..sedangkan mata tuk melihat pon tak boleh..Nauzubillah, mohon dijauhkan..Lindungi kami dari semua itu Ya ALLAH !

Namun...ada juga kelonggarannya taaapiiiiiiiiiiiii hanya ketika DARURAT sahaja. Contoh yg ustaz bagi tadi ada 5 iaitu..yang 1 = Munakahad, apabila seseorang itu hendak berkahwin. 2 = Pembelajaran, guru kepada pelajarnya. 3 = Ketika jual beli. 4 = Jenayat, untuk seseorang itu membuat kawat cam dalam kes2 jenayah dan yang ke 5 = Perubatan, jika tiada pilihan lain (Dr Perempuan).



Ada persoalan yang biasa dalam kepala kita an..buat study group mcm mana..ikot ustaz tadi juga x boleh..perempuan sama perempuan boleh buat study group an. Jika ada urusan dengan lelaki sekali pun, jika sesuatu perkara tersebut boleh diselesaikan dalam masa 20 minit tp jika perjumpaan antara mereka lebih sampai 30 minit..baki 10 minit tersebut adalah haram..Allahhuakhbar...itulah hukumnya antara lelaki dan wanita bukan mahram. Jika perbincangan boleh diselesaikan di talian jika berjumpa..hukumnya juga haram.

adeh..rasanya sudah agak panjang aku duk bebel an..hee, untuk dapatkan lebih banyak info tanyalah pada yang lebih pakar...saya nie hanya berkongsi ilmu yang saya dapat td untuk ingatan semasa kita..
Jadi...selamat beramal ;)

Renungan bersama dan untuk ingatan buat diri sendiri juga..InsyaALLAH mudah-mudahan hidup dan mati kami dibawah lindungan dan AgamaMu yang 1 ISLAM Ya ALLAH ! (^_^)



Wassalam !
(Coretan 2.42 am, 21/03/2012, Rabu)

No comments:

Post a Comment